Syarat dan Peraturan (Terms Of Services - TOS)

UPSR-5A.COM dan MYUPSR.COM berkeupayaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik pada harga yang berpatutan kepada semua pengguna atau pelanggan. Syarat-syarat dan perjanjian yang terkandung dalam polisi ini perlu dipatuhi bagi memastikan pihak kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan kami di samping pada masa yang sama pelanggan dan pihak kami sendiri mematuhi kesemua polisi dan kod etika yang ditetapkan.
Kegagalan anda untuk mematuhi kesemua polisi kami akan menyebabkan akaun anda dinyahaktif setelah notis (dalam bentuk e-mail) dihantar kepada anda tidak dilayan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya tindakan tersebut akan membawa kepada kerugian kepada anda. Walau bagaimanapun, pihak kami masih mengamalkan budi bicara dalam usaha memastikan perkhidmatan kami adalah yang terbaik.

Dalam polisi ini, semua "peserta" berdaftar di www.upsr-5a.com dan www.myupsr.com sama ada berbayar atau percuma disebut sebagai "Pengguna" dan penyedia perkhidmatan disebut "Admin/Teacher" terikat dengan syarat dan peraturan. Ini bertujuan untuk :

 
  1. Menjamin kelangsungan perkhidmatan yang ditawarkan dapat dipenuhi dari masa ke masa.
  2. Mengurangkan kekeliruan dan dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Menjaga hak karya dan reka cipta.
  4. Memaklumkan "Pengguna" berkaitan garis panduan Terms Of Services (TOS) dan mematuhinya.
  5. Menjaga hak, kepentingan dan kebebasan bersama.
  6. Menjamin kualiti dan publisiti kami tidak terjejas.
Dalam organisasi, garis panduan (TOS) merupakan plan yang akan bertindak bagi menjamin sesuatu produk itu tidak disalah gunakan. Semua "Pengguna" terikat dengan syarat dan mesti mematuhi garis panduan (TOS) yang dibuat seperti berikut :
 
  1. "Pengguna" berdaftar tidak boleh menggunakan "keizinan" yang diberikan "login" ke www.upsr-5a.com atau www.myupsr.com untuk tujuan :
    a) Menyebarkan risalah-risalah atau produk yang menyalahi undang-undang negara Malaysia.
    b) Kata-kata kesat dan lucah dan penyebaran apa-apa bahan negatif.
    c) Mempromosikan atau mengiklankan produk perniagaan sama ada melalui e-mail, SMS, atau script programming atau lain-lain.
    d) Mempromosi atau mengiklankan atau mempropagandakan badan atau organisasi tertentu sama ada politik, pertubuhan, atau badan pinjaman tertentu.
    e) Cuba menipu dan mengelirukan "Pengguna" lain atau menghasut.
    f) Memasukkan kandungan web terlarang dan cubaan menceroboh ( Crack/Hack ).
  2. Membuat ancaman, menyalahgunakan "Server", "Illegal Use", gangguan, penipuan, pemalsuan, pengguna tidak berdaftar, mengumpul maklumat peribadi "Pengguna" lain , gangguan "Network", mempromosikan dan "Adult Websites" merupakan kesalahan.

Bagi "Pengguna" daftar berbayar, syarat berikut perlu dijelaskan dan dipatuhi:

 
  1. Bayaran wang yang dikenakan tidak akan dipulangkan atau dikembalikan.
  2. Akaun untuk ke Kursus Pakej Berbayar akan diaktifkan setelah semua syarat-syarat pembayaran dan bukti dipenuhi.
  3. Kursus boleh di ikuti 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Jika anda mengalami masalah akses ke www.upsr-5a.com atau www.myupsr.com, ini bermaksud sama ada :
    a) "Server" mengalami masalah. Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana ianya di luar bidang kuasa. Penyedia perkhidmatan "Hosting" www.upsr-5a.com di bawah Syarikat Internet Web Hosting dan www.myupsr.com di bawah Syarikat Budihost.com. Namum begitu, pihak pengurusan "Admin/Teacher" akan cuba menghubungi syarikat yang terbabit dengan secepat mungkin.
    b) Berlakunya kerja-kerja "Upgrade System". Ianya jarang berlaku. Jika berlaku, ianya akan dimaklumkan lebih awal dari tarikh berlakunya kerja-kerja tersebut.
    c) Berlakunya "Restore" kursus baru. Ini kerana bahan-bahan yang disediakan akan sentiasa berubah-ubah. Biasanya ia akan mengambil masa yang pendek.
    d) Terlalu ramai yang "Login". Ini menyebabkan berlakunya kesesakan, " Limited Bandwitch ".
  4. Borang pendaftaran, syarat, pertanyaan dan cara pembayaran boleh dilayari di http://sales.myupsr.com/
  5. Bayaran sebanyak RM 100.00 setahun. *Setahun bermaksud, akaun "Pengguna" akan dikira dari tarikh aktif ( setelah pembayaran dan bukti dibuat ) hingga tahun berikutnya. Contoh; Tarikh aktif: 10.01.2007 >> akaun tamat: 09.01.2008.
  6. Maklumat anda akan kami rahsiakan.
Apa yang perlu di lindungi "Pengguna" semasa on-line :
 
  1. Maklumat peribadi seperti No. I/C atau surat beranak tidak perlu di dedahkan kepada umum.
  2. Alamat kediaman atau sekolah tidak perlu terlalu detail, cukup dengan menyatakan tempat, daerah dan negeri sahaja ( tidak perlu lot rumah / PT / no. rumah ) ini bertujuan menjaga keselamatan "Pengguna".
  3. Kata laluan atau " password " perlu di simpan dan jangan di dedahkan. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya penyamaran.
  4. Apa yang menjadi maklumat peribadi adalah di bawah tanggung jawab "Pengguna" itu sendiri.
  5. E-mail anda boleh disembunyikan "Hidden" dari umum jika anda merasakan ianya perlu.
Akaun yang tidak aktif (Inactive) bermaksud ;
 
  1. Kesilapan semasa membuat pendaftaran. Ini bermaksud "Pengguna" tidak membuka e-mailnya semula selepas mendaftar. Segala maklumat pendaftaran akan dimaklumkan melalui e-mail dan pengesahan (Conformation) akan di buat melalui e-mail.
  2. Akaun telah di padam (Delete) atas sebab-sebab tertentu tanpa notis.
  3. Terlupa "Password" atau kata laluan. Anda boleh mendapatkannya semula melalui sistem.
  4. Akaun tidak pernah aktif walaupun telah disahkan (Conformations).
  5. Tamat tempoh yang ditetapkan.
Tindakan-tindakan yang dikenakan kepada "Pengguna".
 
  1. Akaun "Pengguna" akan disekat atau dinyahaktifkan (Delete).
  2. IP akan di "Banned" atau di sekat.
  3. Tindakan undang-undang jika "Pengguna" melakukan tindakan jenayah.
  4. Dimaklumkan kepada umum di www.upsr-5a.com atau www.myupsr.com supaya berhati-hati.

PERHATIAN:
* Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan komputer anda walaupun anda menyatakan ianya berpunca dari kami di www.upsr-5a.com atau www.myupsr.com.
* Sekiranya anda mengesyaki ada "Pengguna" yang melanggar polisi kami, sila e-melkan aduan anda ke abuse@myupsr.com.

 
 
Syarat & Peraturan | Cara Pembayaran | Senarai Pelajar Berdaftar